Proton Suprima S Di Kutuk Oleh Rakyat Yang Tidak Patriotik
Ia adalah sesuatu yang menjadi kelaziman nampaknya sejak akhir akhir ini yang penyokong pembangkang adalah anti Proton. Jika ingin dirumus yang mereka ini anti kereta nasional kerana menjadi punca penggenaan cukai eksais yang tinggi semata untuk melindungi National Automotive Policy (NAP) mereka ini tidak pula anti kereta Perodua dan Naza. Kerana kereta Perodua dan Naza juga menikmati status dan priviledge sebagai kereta nasional dan layak kadar cukai eksais yang rendah. Jadi apa punca sebenar mereka begitu anti kepada Proton? adakah pandangan ini adalah dibentuk oleh skop pandangan politik kerana mereka ini mempunyai satu persamaan = penyokong parti politik pembangkang. Saya tidak ingin memberi pandangan khusus kepada parti kerana bagi saya tidak semua benda perlu dipolitikkan. Haruslah pandai membezakan antara isu politik, isu nasional, isu ekonomi negara, isu agama, perjuangan bangsa dan sebagainya. Tidak semua benda perlu dipolitikkan. Ada benda kita perlu bersatu dan bulat dalam pandangan dan pendapat. Pelancaran Proton Suprima S tidak terlepas dari kutukan ini hanya kerana ia Proton. Nak kata mereka ini adalah peminat ruangan review kereta/automotive tidak pula mereka review kereta-kereta model baru dari pengeluar yang lain. Saya ingin melihat isu ini dari sudut sikap dan patriotik - bukan politik. tidak dinafikan bahawa Proton banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi saya tidak ingin menulis berkenaan kelemahan Proton yang menyebabkan tidak berjaya diperingkat global, tapi untuk post ini saya ingin membincangkan berkenaan isu sikap dan "patriotism".
Jika dilihat dari sudut patriotism.. sikap dan mentaliti mereka ini boleh lah di kategori sebagai mentaliti rendah tahap tapak kaki. Mengapa saya berkata begitu? kerana mereka tidak menghayati kepentingan dan sumbangan NAP kepada negara malah mereka ini jika tidak ingin menyokong janganlah menghina. Ada adab dan cara untuk mengkritik bukan menghina. Apatah lagi jika difahami kepentingan dan sumbangan Proton kepada ekonomi dan masa hadapan negara - mereka yang menghina dan mengutuk ini sudah semestinya tidak patriotik atau mereka sememangnya tidak sampai akal untuk berfikir atau memilih keuntungan politik daripada keuntungan kepada negara. Apa rasional pandangan saya;
- Proton sebagai pemangkin / (spearhead) industri berat negara - Sebuah negara tidak akan maju dan kuat hanya dengan pertanian, industri electronik (yang takde lah maju sangat), industri perkhidmatan (kalah dengan persaingan singapura) dan pelancongan. Adakah kita telah cukup bangga dengan menjadi pembekal kepada bahan mentah - getah, kelapa sawit, minyak bijih dll ? industri berat penting dalam memacu ekonomi sesebuah negara, ini kerana industri berat menggunakan jumlah modal yang besar, janaan modal inilah sebagai komponen yang penting dalam jumlah KDNK/GDP negara.
- Negara yang kuat adalah negara pengeluar - Sebagai contoh adalah US/Amerika Syarikat; banyak produk dari US adalah produk yang berstatus Global - Microsoft, Coke, Nike, IBM, levis, Boeing, Ford dll. Semakin banyak pengeluaran dan eksport sesuatu negara semakin kuat ekonomi negara tersebut. Dalam sistem ekonomi sekarang segalanya diukur kepada GDP. Banyak pengeluaran maka besar lah GDP negara tersebut dan makin banyak lah keupayaaan untuk mencetak wang untuk digunakan, harus ingat kadar sandaran pengeluaran wang kepada emas sudah tidak lagi relevan jika dilihat kepada amalan dan realiti negara negara didunia sekarang. Makin banyak permintaan kepada produk suatu negara makin kuat juga permintaan keatas matawang negara tersebut (ceteris paribus). Ironinya puak mentaliti rendah tahap tapak kaki dengan angkuh menyalahkan kerajaan bila nilai matawang kita jatuh sedangkan mereka ini sendiri menyumbang kepada kejatuhan nilai tersebut dengan menyokong produk luar dan memulau produk tempatan. Jika kita lihat kereta adalah satu keperluan pada masa sekarang, oleh kerana kos kereta adalah tinggi dan menggunakan sebahagian besar pendapatan boleh guna individu maka kesan kepada ekonomi individu dan ekonomi kasar negara adalah amat besar. Makin banyak kita menggunakan barangan import maka makin banyak juga lah aliran keluar hasil/wealth negara. Bayangkan betapa kuat ekonomi US dengan keupayaan mengeluarkan persenjataan dan pesawat perang yang bernilai berbillion? banyak juga sumbangan dari industri tersebut kepada pendapatn negara US (tax). Tapi puak yang mentaliti rendah tahap tapak kaki lebih suka mengagongkan produk import.. daripada beras suka beras siam, pakaian jenama US, barangan kulit jenama Italy, kalu pakai kereta dapat Toyota Vios dah bangga gila walaupun kereta Proton Suprima S lebih bagus dengan harga yang lebih rendah.
- Proton membawa masuk teknologi dan mencipta teknologi tempatan. Teknologi dan kemahiran dalaman adalah aset negara dan kekuatan sesuatu negara. Teknologi industri berat kita mungkin tidak lagi secanggih teknologi Jepun dan Barat, tetapi mempunyai teknologi tersebut sudah cukup bagus dari negara yang tidak mempunyainya langsung.
- Multiplier Effect - Tertubuhnya Proton sebagai satu entiti industri berat menjadi induk kepada penubuhan rangkaian industri "upstream" dan "downstream". Berapa banyak vendor, pembekal, agen, pengilang secara langsung atau tidak langsung yang berjaya tumbuh bersama dengan Proton? Berapakah nilai keseluruhan industri ini kepada negara? Baiknya keseluruhan rantaian dan rangkaian ini adalah terbina di dalam negara.. significant keadaan ini adalah ia menggelak pengaliran keluar dana dan hasil negara.. Apakah dengan membeli kereta Honda dan Toyota yang dibuat di Thailand memberi sumbangan seperti ini? Negara yang mempunyai rantaian pengeluaran dan memenuhi permintaan secara dalaman (paling mudah indikator adalah trade surplus yang tinggi) adalah ekonomi yang tidak mudah terkesan oleh perubahan ekonomi global.
- Menyediakan peluang pekerjaan dan membina skill kemahiran tinggi - High Tech technology and industry require highly skilled workforce. Proton menjadikan impian melihat kemahiran jurutera jurutera tempatan yang pakar dalam bidang enjin, chasis, mekanikal dan segala bidang yang berkaitan dengan pembuatan kereta. Berapa banyak peluang pekerjaan yang tercipta dan ia membantu meletakkan Malaysia sebagai negara yang berjaya menghadkan kadar pengangguran pada kadar yang rendah. Sekali lagi sumbangan ini kepada kitaran ekonomi dalaman adalah tinggi.
- Membantu usahawan bumiputra - Proton memberi peluang dan latihan kepada bumiputra untuk menjadi pengedar kereta dan pemilik pusat servis. Kepada pembenci Proton dan taksub kepada Toyota, sila bandingkan operasi perniagaan kedua syarikat tersebut yang mana banyak membantu bumiputra? pelik mereka golongan mentaliti tahap tapak kaki inilah yg mempersoal kemampuan kerajaan dalam membantu meningkatkan tahap ekonomi bumiputra sedangkan mereka ini sendiri menjadi pengkhianat dengan mengagongkan produk luar.
Sudah pasti pihak mentaliti tahap tapak kaki akan mempersoalkan tentang eksais cukai kereta yang tinggi sebagai satu sebab harga kereta yang mahal akan meletak kesalahan kepada Proton (tapi sayang pula kat
perodua yang dimiliki oleh Daihatsu Jepun menghasilkan kereta copycat 100%). Bagi saya cukai adalah salah satu alat (fiscal policy) yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk mencorak ekonomi negara kita. Ekonomi kita, kita punye suka untuk mencorakkan bagaimana. Ekonomi adalah berkisar kepada pengagihan sumber dan hasil negara kepada rakyat sebagai penerima akhir. Jika kerajaan ingin naikkan cukai kereta kerajaan mesti agihkan balik hasil tersebut dalam bentuk lain, sebagai contoh subsidi minyak, kesihatan, pendidikan, dll. lebih dekat lagi dengan isu kereta adalah dengan mengurangkan kos cukai jalan. Untuk melihat dengan lebih jelas isu ini (economic policy - monetary and fiscal) kita perlu melihat lebih luas iaitu /kepada kos keseluruhan pemilikan kereta bukan hanya kepada harga/kos kereta. Sebagai contoh singapura bukan hanya menetapkan harga kereta yang mahal, malah pembeli perlu dulu membayar certicate pemilikan kereta yang amat tinggi, road tax dan harga minyak yang mahal tanpa subsidi. Ekonomi mereka yang menumpukan kepada sektor perkhidmatan dan elektronik, offset keadaan tersebut dengan menumpukan kepada usaha meningkatkan nilai matawang (high interest rate, speculation etc, high income economy). Nilai matawang mereka yang tinggi tidak memberi kesan negatif kepada ekonomi mereka malah memberi kuasa beli tinggi kepada rakyat. Tetapi nilai matawang yang terlalu tinggi akan memberi kesan kepada ekonomi kita yang masih terikat kepada eksport bahan mentah. Britain mempunyai harga kereta yang murah tapi kos buruh (service) dan insuran yang mahal. Isu cukai bukan hanya melibatkan industri kereta malah ia juga melibatkan industri lain. Tapi oleh kerana mentaliti rendah tahap tapak kaki dan ketaksuban kepada kereta import maka kita tdk dapat melihat dengan lebih luas. Sebagai contoh, untuk melindungi industri besi negara apabila AFTA dilaksana (kerajaan perlu hapus cukai atas import besi) dan menggelakan situasi lambakan bekalan murah dari luar negara kerajaan telah mensyaratkan import tersebut perlu memperolehi sijil pengesahan dari sirim dan perlu dibayar. Kos besi tidak akan jadi murah sangat tapi ia akan memastikan kilang dan industri besi negara tidak bungkus dan menyelamatkan beribu pekerjaan. Ini adalah satu contoh polisi yang diguna untuk menjaga dan melindungi industri dan ekonomi negara. Begitu juga isu NAP. Jadi walaupun harga kereta tinggi disebabkan cukai, kita harus terima ia adalah salah satu polisi ekonomi acuan kita, cukai tersebut yang diguna untuk membayar gaji kakitangan awam, menyediakan pendidikan asas percuma, kos kesihatan dan perubatan yang rendah membina prasarana dsbnya. Kerajaan telah membuat kajian untuk memperkenalkan cukai GST yang telah saya terangkan panjang lebar dalam post terdahulu di sini . Dengan pengenalan sistem kutipan cukai yang lebih baik seperti GST akan meningkatkan hasil kerajaan dan ini membolehkan kerajaan untuk mengurangkan cukai eksais kereta tapi ironi lagi pihak mentaliti tendah tahap tapak kaki menentang dengan sekeras sekerasnya. Atas dasar apa? atas dasar keburukan GST atau atas dasar politik?

Mengapa kita tidak boleh mencontohi tahap patriotik rakyat korea dan jepun? dikorea, siapa yang menggunakan kereta bukan nasional akan diherdik tapi lain pula kat Malaysia ni, yang pakai kereta nasional pula yang dikutuk! salah satu sebab industri auto Korea boleh berkembang maju adalah kerana mereka mendapat sokongan padu dari rakyat sendiri. Jika kita lihat quality kia spectra dulu lebih teruk design dia dari Proton Waja tapi cuba lihat sekarang design forte dan cerrato. Mereka begitu cepat meningkat. Jika anda biasa melihat atau peminat drama korea anda pasti perasan yang pelakon pelakon di dalam drama korea ini hanya menggunakan telefon bimbit samsung! dan kereta yang mereka gunakan adalah buatan korea! Bukan nak promote drama korea tapi apa yang baik dari sana kita bolehlah jadikan teladan jangan hanya hiburan sahaja.
Akhir kata jika cukai eksais ini hendak diturunkan (harga kereta akan turun dan kerajaan mampu "absorb" kehilangan hasil atau diganti dengan cukai lain) kadar cukai yang berbeza antara kereta nasional dan bukan nasional masih perlu dikekal untuk melindungi NAP dan ekonomi kita. Tanpa NAP kadar pertumbuhan ekonomi negara dan kehidupan mungkin tidak seperti sekarang. Seharusnya kita berbangga dan menyokong dengan keupayaan negara kita mengeluarkan kereta nasional. Seperti kata ulama tersohor Yusof Al Qardawi untuk kuat kita harus menjadi umat yang mencipta bukan hanya umat pengguna.
No comments:
Post a Comment