nuffnang

Tuesday, May 28, 2013

Tafsir Penerangan Tiada Paksaan Dalam Agama


Tafsir Penerangan Tiada Paksaan Dalam Agama Perbandingan pendapat antara Ustaz Azhar Idrus dan  Dr Akmal Khuzairy - pakar bahasa arab - Lecturer di UIA


(Note : Dr Akmal Khuzairy - pakar bahasa arab - Lecturer di UIA)
Nak komen sikit pasal topik yg sdg hangat skrng:sebenarnya semua berpunca dr masalah makna@semantik perkataan "deen" tu. Asalnya ia adalah bermaksud azzillu@taat(ketundukan dan kepatuhan). Sebab tu dlm fatihah maliki yawmiddin ialah ekspresi figuratif utk hari qiamat sdgkan asalnya ialah hari ketundukan dan kepatuhan sbb semua makhluk x kira walaupun yg kafir di dunia tunduk dan patuh pada keAgungan Tuhan di hari pembalasan kelak. Oleh itu ayat "laa ikraha fiddeen" sepatutnya bermaksud : tiada paksaan dalam kepatuhan dan ketaatan, bukan tiada paksaan dlm agama mengikut makna agama sebagai religio dlm bahasa roman tu. Sama juga dgn ayat "innaddeena 'indalLaahil Islam" : bukan sesungguhnya ugama yg sebenarnya di sisi Allah adalah Islam TETAPI ialah : sesungguhnya kepatuhan dan ketaatan di sisi Tuhan Yg Esa itu ialah penyerahan (diri kepadaNya)..agama adalah dari bahasa sanskrit asalnya igama..bermaksud undang undang...

Satu lagi kesan ketidak tepatan menterjemah ialah berkenaan Ayat yg selalu dijaja untuk menghukum mereka yg tolak hudud: wa man lam yahkum bi ma anzalaLlaahu fa 'ulaaika humul kaafiruun@ faasiquun @ zolimuun. (Ayat ni adalah tiga ayat yg berturut..berubah di hujungnya) selalu dimanipulasikan sbg bermaksud: " barangsiapa yg tidak MEMERINTAH dgn apa yg diturunkan Allah, maka mereka itu adalah golongan yg kafir @ fasiq @ zolim"..sebenarnya 'hakama' Bahasa Arab tu maknanya luas..daripada membuat keputusan, memberikan pendapat, menjatuhkan hukuman, mengurus, mentadbir dan memerintah. Jadi ayat tu boleh juga bermaksud: barangsiapa yg tidak memberikan pendapat dgn apa yg diturunkan Allah, maka mereka adalah ingkar@derhaka@ tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya..agak berbeza kesan maknanya kalau digunakan juga kafir@fasiq@zalim tadi. Yg penting agak tidak ilmiah mereka yv menggunakan ayat ni untuk hujahan mengkafirkan orang..

Satu lagi, kafir zaman nabi konotasi (implied meaning) hanyalah bermaksud yg tertutup pemikirannya dari pedoman. Sbb kafara tu kata perbuatan untuk kambus, tutup. Kemudian berubah jadi ingkar. Sekarang perkataan kafir amat negatif..sebab sudah dimaksudkan juga sbgai musuh. Sebab itu ulama dulu yg tidak sependapat menggunakan kafir untuk menunjukkan pihak lawannya yg juga alim besar sbgai tidak dapat melihat sesuatu kebenaran bukannya kafir aqeedah. Mcm ibn rushd bila gaduh dgn al ghazali..selamba ja dia kata alghazali kafir dan juga beberapa contoh lain...Konklusinya: kesilapan menterjemah makna yg mengikut konteks akan membawa kepada kepa pemahaman yg salah..pemahaman yg salah akan membawa kepada perpecahan...perpecahan pula akan membawa permusuhan. Allahua'lam..

No comments:

Post a Comment