nuffnang

Saturday, April 4, 2009

Khairy Jamaludin sebagai Ketua Pemuda hmmmm

Kawe khuatir dengan usaha UMNO untuk menarik semula sokongan orang Melayu yang dikatakan hilang semasa pilihanraya umum dengan terlantiknya KJ sebagai Ketua Pemuda. Jika ahli UMNO sendiri mempersoalkan kemenangan KJ dengan tuduhan KJ mengamalkan politik wang untuk menang apatah lagi masyarakat awam. Terutama orang macam kawe yang tidak pernah hidup didalam UMNO sebagai ahli, mahupun ahli keluarga kawe. Kawe sememangnya sinis dengan orang mengumpul kekayaan melalui politik. Berapa kayakah KJ sekarang? KJ dan ahli parlimen yang lain bagi kawe patut mengisytihar harta masing2. Jika mereka ikhlas ingin menjadi pemimpin dan berkhidmat untuk rakyat bukan menyalah gunakan kuasa untuk kekayaan diri dan kroni seharusnya mereka lebih telus mengambil langkah mengisytihar harta seperti tindakan yang diambil oleh EXCO dan MB Selangor. Apa yang kawe dengar KJ sememangnya mempunyai barisan sponsor yang kuat dan mewah... hmmm

No comments:

Post a Comment