nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Automated Enforcement System AES Malaysia

Automated Enforcement System AES Malaysia To Reduce Corruption



Corruption
It is mind boggling that some party that has hurled serious allegation of Malaysia as corrupt country in general, and allegation toward PDRM specifically has resorted to condemn effort to use Automated Enforcement System AES. While these people condemn PDRM of bribery, they still prefer for these policemen to issue summon manually which in fact open possibility of offering and receiving bribe. ???   Does this conflicting thinking ever reach their obnoxious mind?


Burdening People
Then, they make clear of their reason to object is because Automated Enforcement System AES would burden the people with summonses? Don’t you think that individual traffic policemen also issues summonses?  While the Automated Enforcement System AES has designated signboards to warn drivers of speeding camera area/Automated Enforcement System AES a few kilometres and metres before the exact location of Automated Enforcement System AES, the traffic policemen normally would not let their speeding trap operation clearly present. The Automated Enforcement System AES camera was built without any camouflage appearance, its built is big and pose quite noticeable present. The camera is fixed at permanent positions where regular motorist would definitely recognize the location of Automated Enforcement System AES camera over time and adjust their vehicles speed accordingly. Of course the operator would not change the position of Automated Enforcement System AES cameras in order to confuse the motorist. Plus, with introduction of many mobile applications such as WAZE and AES alerts to alert the motorists (more and more smart phone users nowadays) so in which situations that motorist would more probably will get summonses?? Through AES or from policemen? So which one is burdening the people?


Reducing Accidents
One objective of Automated Enforcement System AES is to reduce numbers of accidents. This Automated Enforcement System AES will be placed at accident prone and dangerous area at highways and federal roads, so that the motorist that already know in advance the location of these Automated Enforcement System AES camera will surely slowdown. If there are any critics, they should critic about the location and administration of the Automated Enforcement System AES and not the system itself. That is the basic and clear objective. Does the opposition party just refuse to see? Do they would rather see more and more fatal accidents occurs which would cost country further in term of medical, insurance and maintenance than hiding behind the populist argument of not burdening the people? 


"Patriotism is supporting your country all the time, and your government when it deserves it." - Mark Twain

Blogging to Unblock

Friday, May 24, 2013

HUTANG NEGARA MALAYSIA

Hutang Negara Malaysia

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Hutang Negara Malaysia dan Bila Kamu Ingin Berhujah dan Berbincang Berkenaan Hutang Negara Malaysia Yang Dicintai 



Hutang Negara Malaysia


Jika saudara saudarin ingin bincang berkenaan isu Hutang Negara Malaysia yg meningkat, anda kena juga tahu maklumat peningkatan gdp Negara.. kerana polisi kerajaan kadar hutang negara hendaklah dibandingkan dgn kadar gdp (hadnya adalah 55%) sedara perlu juga tahu berapa kadar hutang dalaman dan luaran. Bagus lagi banding kan dgn polisi kerajaan negara lain dan status hutang kerajaan negara lain.. eg Singapore kadar hutang adalah 100% dari GDP.. Kena juga beri maklumat berkenaan peningkatan Hasil Negara didalam tempoh kenaikan hutang tersebut
Bincang juga isu financing structure yg optimal.. berapa percent hutang brp percent tdk hutang? jika tiada maklumat ini dan  tdk bincang secara menyeluruh ia hanya tidak akan memberi gambaran yg betul (tidak matang)


KWSPMajoriti hutang negara adalah dari sumber dalaman negara, iaitu dari KWSP dan bukan dari sumber hutang luar. Bila kita sentuh isu pinjaman kwsp kepada kerajaan kita kena bincang pasal peranan kwsp dan apa yg kwsp boleh buat dgn dana pencarum.. aktiviti pelaburan apa yg kwsp boleh buat? Risk vs return? Pinjaman kerajaan adalah sumber terbaik kwsp utk mendapatkn keuntungan kpd pencarum dgn risk yg paling rendah. Sebeb itu government bond (hutang negara) dijadikan tanda aras kepada risk free.. 


Polisi Kerajaan

Jadi jika  ingin membuat conclusion atau nilaian atas polisi kerajaan (contohnya BRIM) sila bincang pasal economy secara objektif dan menyeluruh.. jd rakyat dpt menilai kebaikan dan keburukan suatu polisi .. dan memilih kerajaan yg akan menyediakan polisi ekonomi terbaik.
Bila kita bincang berkenaan hutang kita juga menyentuh berkenaan Polisi Kerajaan - Ekonomi polisi (Trade, fiscal & monetary) dan Social polisi; adalah berkait rapat dengan ekonomi negara.
Bila kita bincang pasal ekonomi kita adalah merujuk kpd economy system.. ia adalah termasuk dengan government policy dan juga government spending and consumer spending.. BRIM juga adalah termasuk dlm polisi kerajaan. Setiap polisi kerajaan adalah utk mencapai objektif berbeza. Ia gabungan pelbagai polisi dr sedi monetary dan fiscal. Government spending yg mengerakkan ekonomi.. ini termasuk BRIM ..begitu juga pr yg memperkenalkan bermacam polisi jika pr memerintah.. Bila kita ingin komen baik buruk polisi kerajaan kita tgk kepada kesan dan objektif yg ingin dicapai.. apa objektif BRIM?
1. Pengagihan subsidi secara langsung kpd yg layak. Secara perbandingan adalah dgn janji pr utk hapus toll.. agihan fund kerajaan utk hapus toll adalah besar. Ini juga dipanggil sebagai subsidi. Tapi subsidi spt ini tidak sampai kpd semua rakyat. Contoh rakyat dipantai timur x byk guna toll. Jadi x semua rakyat menikmati. Dan ia sampai kpd yg benar layak iaitu mrk yg berpendapatan rendah
2. Meningkatkan consumer spending seterusnya meningkatkan aktiviti ekonomi
Itu lah objektif yg ingin dicapai.. adakah ia tercapai? Sy kata ia telah tercapai.. sbb sedara mempertikaikan BRIM kerana meningkatkan belanja kerajaan manifesto pakatan rakyat lagilah akan meningkatkn perbelanjaan Negara dgn janji utk hapus toll, pendidikan tinggi percuma, turun harga minyak. (ceteris paribus) bukankah itu akan lebih lagi meningkatkan hutang Negara. Hapus cukai kereta etc. ipp .. itu belum lagi masuk kos compensation utk penamatan kontrak atas semua yg dijanjikan.. belum masuk lagi kesan keatas penurunan pada GDP akibat polisi tersebut. Tiada perbincangan dlm polisi pr utk meningkatkan pendapatan Negara selain dr isu ketirisan
Jadi adakah kadar Hutang Negara Malaysia sekarang akan membawa kepada bankrap? Jawapan nye tidak.. teruskan kajian atas isu isu yg perlu anda ketahui semoga lebih jelas pemahamannya


Malaysia Bankrap?

Apa yg akan berlaku jika negara kita bankrup? (insolvency).. Real case study dr greece " creditors i.e IMF, EU and ECB plan to tax bank depositors up to 10% on all bank deposits" !! Maksudnya Jika anda ada simpanan di bank.. IMF akan ambil 10% dr simpanan anda.. Makna nya kita kena sembelih oleh pemberi hutang.. Dan tindakan mereka adalah utk kepentingan mereka.. Mereka akan ambil alih aset kerajaan... GLCs, pendek kata.. Mereka ambil alih negara.. Senang cakap penjajahan ekonomi akan berlaku.. Harap x jadi kat Malaysia.. Harap krjn Malaysia lebih berhemah dan bijak.. Anda juga boleh memainkn peranan.. Cth jgn rosak kn harta awam 


Wednesday, May 22, 2013

MALAYSIA GST



Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan GST?

MALAYSIA GST - GOVERNMENT SERVICE TAX & GOOD AND SERVICE TAX
Cukai Perkhidmatan Kerajaan & Cukai Barang dan Perkhidmatan

Sekarang GST menjadi topik yang hangat diperkata dan diperbincangkan, malah menjadi modal politik untuk menarik undi bagi pihak parti tertentu. Namun diperhatikan masih ramai yang tidak memahami apa itu yang disebut sebagai GST malah lebih teruk lagi menyebarkan sesuatu yang salah. Penulisan ini bukan bertujuan membawa pengaruh politik tetapi untuk memberi pemahaman dan ilmu kepada umum berkenaan apa itu GST dan perkara yang berkaitan dengannya. Oleh itu pertimbangan dan perbincangan berkenaan isu ini yang mana melibatkan fiscal polisi kerajaan dapat dibincang dengan matang dan lebih bermanfaat untuk kemajuan Negara dan bukan utuk kepentingan politik. GST diklasifikasikan sebagai cukai tidak langsung (indirect tax) yang mana berada dibawah penguatkuasaan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). GST ini juga termasuk didalam kategori sebagai Value Added Tax (VAT).




Ini bukan Good & Service Tax (GST) tetapi Goverment Service Tax atau Sales & Services Tax (SST)..  Ada  cerita mengapa kebanyakan premis peniagaan meletakkan GST di dalam resit dan bukan SST. ini adalah kerana infrastructure telah tersedia di dalam sistem point of sales kebanyakan peniaga untuk melaksanakan GST, sebab itu resit tersebut menunjukkan singkatan GST tetapi arahan pelaksanaan GST pula ditangguhkan oleh kerajaan. Jadi tinggallah GST hanya dalam resit


Pertama sekali harus difahami bahawa Cukai Perkhidmatan Kerajaan & Cukai Barang dan Perkhidmatan yang mana keduanya dirujuk oleh umum dan entiti perniagaan dengan acronym / abbreviation yang sama iaitu GST adalah 2 cukai yang berbeza menyebabkan kekeliruan. Cukai perkhidmatan kerajaan ini dikenali juga sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax), lebih mudah saya rujuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan ini sebagai SST dan Cukai Barang dan Perkhidmatan sebagai GST . Saya amati apa yang cuba dimaksudkan oleh ramai orang sekarang ini adalah merujuk kepada  Cukai Barang dan Perkhidmatan, oleh itu penting untuk umum memahami dan mengetahui cukai GST atau SST  yang dimaksudkan didlm sesuatu topik perbincangan.  Cukai Perkhidmatan Kerajaan SST adalah cukai yang telah lama dikutip oleh Kerajaan Malaysia sejak tahun 1972 lagi, manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan GST masih lagi diperingkat perincian dan sehingga penulisan ini masih lagi belum diluluskan oleh parlimen. Cukai Perkhidmatan Kerajaan adalah dikenakan ke atas perkhidmatan yang berasaskan hospitality seperti hotel dan khidmat professional. Senarai lengkap perkhidmatan yang layak dikenakan SST adalah boleh didapati di website JKDM (klik). Peniaga yang mengenakan SST pula adalah dikehendaki mempunyai lessen. Secara ringkas kategori perkhidmatan yang dikenakan SST adalah seperti berikut;

          



Kadar dan Skop Cukai GST / SST
Kadar Cukai Perkhidmatan Kerajaan SST sekarang ini adalah pada kadar 6%, manakala GST dicadangkan untuk dikutip pada kadar 4% . Skop pengenaan SST hanyalah untuk perkhidmatan manakala skop pengenaan cukai GST adalah lebih besar iaitu meliputi perkhidmatan dan juga barangan namun mengecualikan barangan keperluan seperti pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam. Difahamkan juga bahawa pelaksanaan GST juga akan mengecualikan IKS dan perkhidmatan professional tertentu. Apabila GST diperkenalkan pada 4%(atau apa kadar yg akan ditetapkan) ia akan mengantikan SST yang sekarang dikenakan pada kadar 6%.

Dasar Polisi
Dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara. Sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit. Sistem cukai GST telah dijalankan banyak di negara negara maju seperti UK dan USA. Negara-negara Scandinavia seperti Norway, Denmark, Sweden dan Hunggary dikenali sebagai Negara yang mengenakan GST/VAT yang amat tinggi pada kadar 25-27%. Contoh Negara ASEAN yang telah menggunakan system cukai GST/VAT ini adalah Singapura

Kelebihan / Keperluan GST

1.    Mengurangkan kadar cukai langsung


Dengan pengenalan GST, kadar cukai langsung iaitu cukai pendapatan individu dan korporat akan dikurangkan. Pada masa sekarang kadar cukai pendapatan untuk korporat adalah sebanyak 25% dan 20% untuk syarikat yang mempunyai nilai saham berbayar kurang dari RM2.5juta (untuk pendapatan bercukai RM500,000 pertama. Manakala cukai ke atas individu dikenakan secara berkala sehingga kadar tertinggi sebanyak 26%. Pada individu yang mempunyai pendapatan bercukai RM100,000 mereka akan dikenakan pada kadar tertinggi iaitu 26%. Penggunaan GST disusuli dengan pengurangan kadar cukai pendapatan akan mengurangkan bebanan cukai kepada pembayar cukai yang amat banyak. Ini juga memberi ruang kepada tax collection system yang lebih adil. Pembayaran cukai Negara tidak lagi dibebankan kepada hanya 3 juta (approximately) pembayar cukai pendapatan individu (sila rujuk isu no. 3).

2.  Meningkatkan insentif bekerja (produktiviti )/ simpanan -  "incentive to work and saving"
Kadar cukai yang tinggi mengurangkan insentif/ dorongan kepada pembayar cukai untuk meningkatkan produktiviti. Analogi mudah difahami "mengapa saya perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan pendapatan jika banyak peratus darinya dipotong kepada cukainya pendapatan, atau lebih tinggi pendapatan saya (marginal income) lebih tinggi peratus cukai pendapatan yang akan dikenakan pada saya (progressive tax)". Jadi dengan pengenalan GST akan mengurangkan kadar cukai pendapatan dan seterusnya meningkat insentif untuk bekerja

3.    Meningkat daya saing Negara


Untuk bersaing dengan Negara lain, terutamanya untuk menarik pelaburan asing (FDI) tidak dapat tidak Negara perlu menurunkan kadar cukai lansung (income tax) dan ini diganti dengan GST. Tambahan lagi bila Negara jiran terdekat iaitu Singapura hanya mengenakan cukai pada kadar tertinggi 20% untuk individu dan korporat pada kadar 17% yang jauh lebih rendah dari Negara kita. Jelas kita dapat memahami mengapa banyak syarikat multinational lebih memilih singapura daripada Kuala Lumpur untuk dijadikan pusat perkhidmatan, regional office atau distribution centre? Adalah tidak adil jika kita mengkritik prestasi ekonomi kerajaan yang lembab berbanding Singapura dan pada masa yang kita mengkritik juga usaha kerajaan untuk meningkatkan daya saing Negara. Peningkatan FDI akan meningkatkan ekonomi Negara dan meningkat hasil Negara.  

4.    Asas Cukai (Tax base) yang lebih luas dan mengurangkan ketirisan cukai


GST/VAT adalah cukai berdasarkan penggunaan (consumption base tax). Yang mana cukai hanya dikenakan oleh melibatkan perhidmatan dan penjualan barangan. Pembayar cukai tidak lagi terhad kepada pembayar cukai yang berdaftar. Ia akan melibatkan semua pengguna yang mendapatkan perkhidmatan dan membeli barangan (pembayar cukai yang lebih ramai). Jika anda mampu membeli barangan mewah maka anda juga sepatutnya mampu membayar cukai. Isu pengesanan pembayar cukai dan pelarian cukai adalah bukan suatu yang mudah untuk ditangani. Betapa ramai yang kita amati dan lihat individu yang mampu hidup mewah tidak membayar cukai dan tidak mendaftar sebagai pembayar cukai. Faktor ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk meningkatkan kutipan hasil dengan lebih tinggi

5.    Mengurangkan kadar pelarian Cukai (Tax evasion/ tax avoidance/underground economy)


Ini adalah suatu yang telah dibuktikan oleh kajian bahawa amaun tax evasion adalah mempunyai positive relationship dengan kadar cukai. Semakin rendah kadar cukai pendapatan semakin kurang dorongan kepada peniaga untuk menyembunyikan pendapatan dan akan meningkatkan kepatuhan cukai. Ini juga akan mengurangkan kos pentadbiran cukai untuk mengesan dan menjalankan operasi penguatkuasaan.

6.    Mengurangkan kos perkhidmatan tertentu


Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan/ Sales and Service Tax (SST) pada kadar 6% akan digantikan oleh Good and Service Tax (GST) yang akan mengunakan cukai pada kadar yang lebih rendah iaitu 4% (jika) .


Adalah tidak adil jika kita hanya membincangkan tentang kelebihan system cukai GST jika tidak juga membincangkan kemungkinan kekurangan system ini yang mana boleh kita perhalusi dan sedari dari awal untuk tindakan yang sepatutnya.

1. Inflasi
Pengenalan Good and Service Tax (GST)mungkin akan meningkatkan sedikit kadar inflasi dengan kemasukan kos cukai ke dalam harga barangan tertentu dengan. Namun ini mungkin boleh diatasi dengan campur tangan kerajaan melalui pengenalan polisi tertentu; contohnya mengarahkan pengeluar untuk menyerap kos cukai barangan yang mana mereka ini telah mendapat manfaat dari pengurangan cukai pendapatan atau melalui timbal balik dalam bentuk insentif. Tapi jangan terlalu bimbang kerana, kadar inflasi jika ada hanya meningkat pada tahun pertama, anda perlu faham bahawa inflasi adalah pengurangan nilai wang dalam membeli produk / servis yang sama dibandingkn dalam tempoh sebelum, jadi perbezaan hanya antara tahun sebelum dan tahun GST dilaksanakan. Tahun berikutnya isu inflasi tidak lagi relevan.

2. Membebankan Rakyat Berpendapatan rendah
Cukai adalah proses pengagihan sumber. Jadi apa yang dikutip adalah dikembalikan pada rakyat. Cukai pendapatan dikutip daripada mereka yang berpendapatan tinggi diagih kepada mereka berpendapatan rendah (partly). GST pula adalah berdasarkan penggunaan. Jika rakyat berpendapatan rendah dibebankan dengan GST maka kerajaaan perlu membuat agihan yang berpatutan di dalam bentuk seperti insentif lansung (BRIM) atau subsidi lain lain. Fahami GST juga adalah proses penagihan cukai yang efektif (rujuk hujah-hujah sebelum ini) jadi bila kekurangan GST ini diatasi / di urus dengan / dikurangkan dengan menggunakan proses pengagihan sumber yang lain (contoh BRIM) maka kekurangan tersebut tidak lagi patut menjadi kekurangan yang menghalang GST dari dilaksana.  

Factor cabaran pentadbiran system cukai ini juga hendaklah diperhalusi supaya tiada penyalahgunaan dan ketidakpatuhan berlaku dipihak peniaga. Kementerian pengguna juga perlu bekerja lebih keras untuk mengekang tekanan kenaikan harga oleh peniaga.

Links of Reference & Additional Information



Wednesday, May 19, 2010

semakan temuduga ISMP & DPLI julai 2010

Susah betul la nak cari pages untuk semakan panggilan temuduga ISMP dan DPLI ni.. dah puas aku godek website kementerian pengajian tinggi tak jumpa - jumpa.. akhirnya jumpa gak melalui link kat google.. so sy post link ni moga boleh di war war kan dan orang lain yang nak buat semakan lebih cepat nak menjimatkan masa

semakan temuduga DPLI dan ISMP

kat website ni http://upu.mohe.gov.my - website upu

kalu cari kat website mohe direct http://www.portal.mohe.gov.my memang tak jumpa lerrr link dia.. berserabut link dia

Tuesday, April 13, 2010

KEPUTUSAN MTEST KPLI JUN 2010




dapat berita terbaru berkenaan KPLI dari this site

ini adalah makluman terbaru daripada Kementerian Pendidikan berkenaan panggilan temuduga . sila rujuk link ini http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=821

Pindaan Semakan Panggilan Temu Duga KPLI-SR Ambilan Jun 2010

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan semakan penggilan temuduga on-line yang dijadualkan pada tarikh 12 April 2010 (Isnin) ditunda kepada 17 April 2010 (Sabtu). Calon dinasihatkan untuk melawati laman sesawang kementerian dari semasa ke semasa. Pihak Bahagian Pendidikan Guru kesal atas kesulitan yang berlaku.

Sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pendidikan Guru di talian 03-88841242/1260/1253/1233/1226.

Calon juga boleh mencetak Kalendar Aktiviti terkini sebagai rujukan.

download jadual Aktiviti permohonan KPLI di sini

Sekian, harap maklum.