nuffnang

Saturday, August 17, 2013

Proton Suprima S Di Kutuk

Proton Suprima S Di Kutuk Oleh Rakyat Yang Tidak Patriotik


Ia adalah sesuatu yang menjadi kelaziman nampaknya sejak akhir akhir ini yang penyokong pembangkang adalah anti Proton. Jika ingin dirumus yang mereka ini anti kereta nasional kerana menjadi punca penggenaan cukai eksais yang tinggi semata untuk melindungi National Automotive Policy (NAP) mereka ini tidak pula anti kereta Perodua dan Naza. Kerana kereta Perodua dan Naza juga menikmati status dan priviledge sebagai kereta nasional dan layak kadar cukai eksais yang rendah. Jadi apa punca sebenar mereka begitu anti kepada Proton? adakah pandangan ini adalah dibentuk oleh skop pandangan politik kerana mereka ini mempunyai satu persamaan = penyokong parti politik pembangkang. Saya tidak ingin memberi pandangan khusus kepada parti kerana bagi saya tidak semua benda perlu dipolitikkan. Haruslah pandai membezakan antara isu politik, isu nasional, isu ekonomi negara, isu agama, perjuangan bangsa dan sebagainya. Tidak semua benda perlu dipolitikkan. Ada benda kita perlu bersatu dan bulat dalam pandangan dan pendapat. Pelancaran Proton Suprima S tidak terlepas dari kutukan ini hanya kerana ia Proton. Nak kata mereka ini adalah peminat ruangan review kereta/automotive tidak pula mereka review  kereta-kereta model baru dari pengeluar yang lain. Saya ingin melihat isu ini dari sudut sikap dan patriotik - bukan politik. tidak dinafikan bahawa Proton banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Tapi saya tidak ingin menulis berkenaan kelemahan Proton yang menyebabkan tidak berjaya diperingkat global, tapi untuk post ini saya ingin membincangkan berkenaan isu sikap dan "patriotism".  

Jika dilihat dari sudut patriotism.. sikap dan mentaliti mereka ini boleh lah di kategori sebagai mentaliti rendah tahap tapak kaki. Mengapa saya berkata begitu? kerana mereka tidak menghayati kepentingan dan sumbangan NAP kepada negara malah mereka ini jika tidak ingin menyokong janganlah menghina. Ada adab dan cara untuk mengkritik bukan menghina. Apatah lagi jika difahami kepentingan  dan sumbangan Proton kepada ekonomi dan masa hadapan negara - mereka yang menghina dan mengutuk ini sudah semestinya tidak patriotik atau mereka sememangnya tidak sampai akal untuk berfikir atau memilih keuntungan politik daripada keuntungan kepada negara. Apa rasional pandangan saya;

  1. Proton sebagai pemangkin / (spearhead) industri berat negara - Sebuah negara tidak akan maju dan kuat hanya dengan pertanian, industri electronik (yang takde lah maju sangat), industri perkhidmatan (kalah dengan persaingan singapura) dan pelancongan. Adakah kita telah cukup bangga dengan menjadi pembekal kepada bahan mentah - getah, kelapa sawit, minyak bijih dll ? industri berat penting dalam memacu ekonomi sesebuah negara, ini kerana industri berat menggunakan jumlah modal yang besar, janaan modal inilah sebagai komponen yang penting dalam jumlah KDNK/GDP negara.
  2. Negara yang kuat adalah negara pengeluar - Sebagai contoh adalah US/Amerika Syarikat; banyak produk dari US adalah produk yang berstatus Global - Microsoft, Coke, Nike, IBM, levis, Boeing, Ford dll. Semakin banyak pengeluaran dan eksport sesuatu negara semakin kuat ekonomi negara tersebut. Dalam sistem ekonomi sekarang segalanya diukur kepada GDP. Banyak pengeluaran maka besar lah GDP negara tersebut dan makin banyak lah keupayaaan untuk mencetak wang untuk digunakan, harus ingat kadar sandaran pengeluaran wang kepada emas sudah tidak lagi relevan jika dilihat kepada amalan dan realiti negara negara didunia sekarang. Makin banyak permintaan kepada produk suatu negara makin kuat juga permintaan keatas matawang negara tersebut (ceteris paribus). Ironinya puak mentaliti rendah tahap tapak kaki dengan angkuh menyalahkan kerajaan bila nilai matawang kita jatuh sedangkan mereka ini sendiri menyumbang kepada kejatuhan nilai tersebut dengan menyokong produk luar dan memulau produk tempatan. Jika kita lihat kereta adalah satu keperluan pada masa sekarang, oleh kerana kos kereta adalah tinggi dan menggunakan sebahagian besar pendapatan boleh guna individu maka kesan kepada ekonomi individu dan ekonomi kasar negara adalah amat besar. Makin banyak kita menggunakan barangan import maka makin banyak juga lah aliran keluar hasil/wealth negara. Bayangkan betapa kuat ekonomi US dengan keupayaan mengeluarkan persenjataan dan pesawat perang yang bernilai berbillion?  banyak juga sumbangan dari industri tersebut kepada pendapatn negara US (tax). Tapi puak yang mentaliti rendah tahap tapak kaki lebih suka mengagongkan produk import.. daripada beras suka beras siam, pakaian jenama US, barangan kulit jenama Italy, kalu pakai kereta dapat Toyota Vios dah bangga gila walaupun kereta Proton Suprima S lebih bagus  dengan harga yang lebih rendah.
  3. Proton membawa masuk teknologi dan mencipta teknologi tempatan. Teknologi dan kemahiran dalaman adalah aset negara dan kekuatan sesuatu negara. Teknologi industri berat kita mungkin tidak lagi secanggih teknologi Jepun dan Barat, tetapi mempunyai teknologi tersebut sudah cukup bagus dari negara yang tidak mempunyainya langsung. 
  4. Multiplier Effect - Tertubuhnya Proton sebagai satu entiti industri berat menjadi induk kepada penubuhan rangkaian industri "upstream" dan "downstream". Berapa banyak vendor, pembekal, agen, pengilang secara langsung atau tidak langsung yang berjaya tumbuh bersama dengan Proton? Berapakah nilai keseluruhan industri ini kepada negara? Baiknya keseluruhan rantaian dan rangkaian ini adalah terbina di dalam negara.. significant keadaan ini adalah ia menggelak pengaliran keluar dana dan hasil negara.. Apakah dengan membeli kereta Honda dan Toyota yang dibuat di Thailand memberi sumbangan seperti ini? Negara yang mempunyai rantaian pengeluaran dan memenuhi permintaan secara dalaman (paling mudah indikator adalah trade surplus yang tinggi) adalah ekonomi yang tidak mudah terkesan oleh perubahan ekonomi global.
  5. Menyediakan peluang pekerjaan dan membina skill kemahiran tinggi - High Tech technology and industry require highly skilled workforce. Proton menjadikan impian melihat kemahiran jurutera jurutera tempatan yang pakar dalam bidang enjin, chasis, mekanikal dan segala bidang yang berkaitan dengan pembuatan kereta. Berapa banyak peluang pekerjaan yang tercipta dan ia membantu meletakkan Malaysia sebagai negara yang berjaya menghadkan kadar pengangguran pada kadar yang rendah. Sekali lagi sumbangan ini kepada kitaran ekonomi dalaman adalah tinggi.
  6. Membantu usahawan bumiputra - Proton memberi peluang dan latihan kepada bumiputra untuk menjadi pengedar kereta dan pemilik pusat servis. Kepada pembenci Proton dan taksub kepada Toyota, sila bandingkan operasi perniagaan kedua syarikat tersebut yang mana banyak membantu bumiputra? pelik mereka golongan mentaliti tahap tapak kaki inilah yg mempersoal kemampuan kerajaan dalam membantu meningkatkan tahap ekonomi bumiputra sedangkan mereka ini sendiri menjadi pengkhianat dengan mengagongkan produk luar.

Sudah pasti pihak mentaliti tahap tapak kaki akan mempersoalkan tentang eksais cukai kereta yang tinggi sebagai satu sebab harga kereta yang mahal akan meletak kesalahan kepada Proton (tapi sayang pula kat
perodua yang dimiliki oleh Daihatsu Jepun menghasilkan kereta copycat 100%). Bagi saya cukai adalah salah satu alat (fiscal policy) yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk mencorak ekonomi negara kita. Ekonomi kita, kita punye suka untuk mencorakkan bagaimana. Ekonomi adalah berkisar kepada pengagihan sumber dan hasil negara kepada rakyat sebagai penerima akhir. Jika kerajaan ingin naikkan cukai kereta kerajaan mesti agihkan balik hasil tersebut dalam bentuk lain, sebagai contoh subsidi minyak, kesihatan, pendidikan, dll. lebih dekat lagi dengan isu kereta adalah dengan mengurangkan kos cukai jalan. Untuk melihat dengan lebih jelas isu ini (economic policy - monetary and fiscal) kita perlu melihat lebih luas iaitu /kepada kos keseluruhan pemilikan kereta bukan hanya kepada harga/kos kereta. Sebagai contoh singapura bukan hanya menetapkan harga kereta yang mahal, malah pembeli perlu dulu membayar certicate pemilikan kereta yang amat tinggi, road tax dan harga minyak yang mahal tanpa subsidi. Ekonomi mereka yang menumpukan kepada sektor perkhidmatan dan elektronik, offset keadaan tersebut dengan menumpukan kepada  usaha meningkatkan nilai matawang (high interest rate, speculation etc, high income economy). Nilai matawang mereka yang tinggi tidak memberi kesan negatif kepada ekonomi mereka malah memberi kuasa beli tinggi kepada rakyat. Tetapi nilai matawang yang terlalu tinggi akan memberi kesan kepada ekonomi kita yang masih terikat kepada eksport bahan mentah.  Britain mempunyai harga kereta yang murah tapi kos buruh (service) dan insuran yang mahal. Isu cukai bukan hanya melibatkan industri kereta malah ia juga melibatkan industri lain. Tapi oleh kerana mentaliti rendah tahap tapak kaki  dan ketaksuban kepada kereta import maka kita tdk dapat melihat dengan lebih luas. Sebagai contoh, untuk melindungi industri besi negara apabila AFTA dilaksana (kerajaan perlu hapus cukai atas import besi) dan menggelakan situasi lambakan bekalan murah dari luar negara kerajaan telah mensyaratkan import tersebut perlu memperolehi sijil pengesahan dari sirim dan perlu dibayar. Kos besi tidak akan jadi murah sangat tapi ia akan memastikan kilang dan industri besi negara tidak bungkus dan menyelamatkan beribu pekerjaan. Ini adalah satu contoh polisi yang diguna untuk menjaga dan melindungi industri dan ekonomi negara. Begitu juga isu NAP. Jadi walaupun harga kereta tinggi disebabkan cukai, kita harus terima ia adalah salah satu  polisi ekonomi acuan kita, cukai tersebut yang diguna untuk membayar gaji kakitangan awam, menyediakan pendidikan asas percuma, kos kesihatan dan perubatan yang rendah membina prasarana dsbnya. Kerajaan telah membuat kajian untuk memperkenalkan cukai GST yang telah saya terangkan panjang lebar dalam post terdahulu di sini . Dengan pengenalan sistem kutipan cukai yang lebih baik seperti GST akan meningkatkan hasil kerajaan dan ini membolehkan kerajaan untuk mengurangkan cukai eksais kereta tapi ironi lagi pihak mentaliti tendah tahap tapak kaki menentang dengan sekeras sekerasnya. Atas dasar apa? atas dasar keburukan GST atau atas dasar politik?

Mengapa kita tidak boleh mencontohi tahap patriotik rakyat korea dan jepun? dikorea, siapa yang menggunakan kereta bukan nasional akan diherdik tapi lain pula kat Malaysia ni, yang pakai kereta nasional pula yang dikutuk! salah satu sebab industri auto Korea boleh berkembang maju adalah kerana mereka mendapat sokongan padu dari rakyat sendiri. Jika kita lihat quality kia spectra dulu lebih teruk design dia dari Proton Waja tapi cuba lihat sekarang design forte dan cerrato. Mereka begitu cepat meningkat. Jika anda biasa melihat atau peminat drama korea anda pasti perasan yang pelakon pelakon di dalam drama korea ini hanya menggunakan telefon bimbit samsung! dan kereta yang mereka gunakan adalah buatan korea! Bukan nak promote drama korea tapi apa yang baik dari sana kita bolehlah jadikan teladan jangan hanya hiburan sahaja.

Akhir kata  jika cukai eksais ini hendak diturunkan (harga kereta akan turun dan kerajaan mampu "absorb" kehilangan hasil atau diganti dengan cukai lain) kadar cukai yang berbeza antara kereta nasional dan bukan nasional masih perlu dikekal untuk melindungi NAP dan ekonomi kita. Tanpa NAP kadar pertumbuhan ekonomi negara dan kehidupan mungkin tidak seperti sekarang. Seharusnya kita berbangga dan menyokong dengan keupayaan negara kita mengeluarkan kereta nasional. Seperti kata ulama tersohor Yusof Al Qardawi untuk kuat kita harus menjadi umat yang mencipta bukan hanya umat pengguna.




Saturday, July 27, 2013

SCORPENE DEAL CONTROVERSY

SCORPENE DEAL CONTROVERSY - UNTOLD STORY


SLAIN Mongolian model Altantuya Shaariibuu was never in France from 1999 to 2006, the year she died.
In a startling disclosure following an exhaustive inves tigation, the French authorities have revealed that Altantuya, who had been linked to defence analyst Abdul Razak Bagin da, was never in France during that time.
The independent French investigation, covering several agencies including the French immigration, was initiated  after Malaysian human rights non-governmental organ isation Suaram lodged a complaint in the French courts in  2010, claiming that French naval firm DCNS had paid RM452 million as a bribe to Malaysian officials to obtain the contract  for two Scorpene submarines.
The amount was paid to Perimekar Sdn Bhd, the company in charge of the logistics and the training of the officers and  men of the Royal Malaysian Navy’s Submarine Force and covered project management and project integration  ser vices, coordinating the involvement of Malaysian companies in the industrial participation programme in the provision of services during the construction phase and to monitor the performance of these firms, helping the main contractor comply with all local laws and procedures relating to the execution of  the contract, coordinating and monitoring the training of RMN personnel in compliance with the main contract and in accordance with Malaysian Government and RMN expectations, and providing monthly reports on all of  the  above.
The biggest chunk of the fees went to the provision of  food and accommodation and all the necessary services for the training  of RMN personnel and their families in Brest, France, and Spain, for a period of six years, inclusive of  health insurance premiums and per diem allowances of a minimum of Euro50 per person.
Other costs include their return travel fares to Malaysia three times a year. In all, 145 RMN personnel, including 49 officers and dependents were covered by this. Perimekar’s profit after tax was RM105,111,191.
Razak had helped Jasbir Singh Chahl work out the details in the purchase of the two Perdana Menteri-class diesel- powered fast-attack boats.
According to Razak’s Baginda’s evidence in court, he only met Altantuya in late 2004. The negotiations for the Scorpenes began in 2000 and the deal was inked in 2002.
A source close to the French investigations said that the investigations currently centres on the alleged corruption,  and nothing more.
One of the myths that has been “accepted” as gospel was that Altantuya had acted as a translator for Razak.
However, in his deposition to the French authorities, former DCNS marketing manager for Malaysia and Singapore at the time, Fredric Faura, told investigators that there was no need for an interpreter since negotiations were in English and  Malaysians were fluent in the language.

Read more: Altantuya was never in France from 1999 to 2006: French Police - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/altantuya-was-never-in-france-from-1999-to-2006-french-police-1.327658?cache=03%2F7.212326%3Fpage%3D0%3Fpage%3D0%2F7.186146%2F7.261895%2F7.273272%2F7.320411%2F7.320411#ixzz2aHEBSIcM


Guneswari Kelly .. The Lady of Eating in Toilet Controversy - SK Seri Pristana’s

Guneswari Kelly .. The Lady of Eating in Toilet Controversy - SK Seri Pristana’s

her facebook page has been deleted ... ??? aiyoo

Firstly we have to analyzed the original facebook posting by Guneswari Kelly .. click on the image to enlarge

 i will help to summarize of guneswari kelly points
1. unfair treatment to non muslim children
2. restrict the children going to canteen because that will make the canteen dirty
3. her children in mess at Malay school
4  she questioned : My Dear malay friends do uthink this is fair? plus, she even try to inject a religious feel by adding "can ur Allah accep this?
5. she need help and her children was suffering

what is your first conclusion after read the post?..
1. my first impression will be - this is so wrong, specifically i'm referring to the allegation of unfair treatment on non muslim children, especially in this month of ramadhan.. just because muslims were fasting then they subject non muslim children into those unhygienic room
2. the allegation was very serious - this complaint painted that Malays are racist.. muslims are unfair.. National school was labelled as Malay school..
3. her child was subject to discrimination

Her allegation/ complaint has caused spiral effect of condemnation, racial slurs and allegation, demonstration and political interventions.. i posted some of the "after effect" , the "opponents" first










more comment here
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=134991:toilet-canteen-whistle-blower-gets-threats-this-is-malaysia&Itemid=2#axzz2aGXQQQ00

and here

http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pembetulan-fakta-dakwaan-kononnya.html

http://www.mazidulakmal.com/2013/07/pelajar-makan-di-bilik-persalinan-wakil.html

and here

http://dhanyaraam.blogspot.com/2013/07/canteen-in-changing-room-facts-that-you.html

and the funny one




is that true? i will not give my opinion without first make several references to other parties and short analysis.. then i will present what other have to say.. this is the comment that try to explain


this is from ex student


this was from one the student's mother



this was from the headmaster's daughter

Luahan Hati Anak Guru Besar S.K Sri Pristana Yang Perlu DiBaca! 
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Kebiasaannya cepat saja untuk saya menulis post saya, tetapi kali ini, entah kenapa, saya rasa seperti tersekat. Tiada kata yang boleh memperlihatkan kekecewaan saya mengenai apa yang telah terjadi. Saya melihat post di facebook dan saya tidak dapat menanggung segala fitnah yang berlaku. Didalam hati, saya menangis. Menangis kuat. Mencuba menahan diri untuk tidak mengeluarkan kata kesat di saat bulan mulia.

Mereka bercakap seperti mereka lebih tahu segalanya. Saya seperti tak percaya yang ada segelintir dari mereka adalah sahabat saya sendiri. Saya tak boleh salahkan mereka. Mereka tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Adakah mereka layak untuk bercakap? Untuk post apa saja yang mereka hendak? Walaupun hal itu akan merosakkan dan memburukkan pihak yang berkenaan?

Seperti yang kamu semua tahu mengenai cerita kononnya "sekolah yang telah memaksa pelajar bukan islam untuk makan di tandas", ya Allah , itu sebenarnya adalah BILIK PERSALINAN. Sekarang, sesetengah orang tak tahu apa perbezaannya. Ia adalah BERBEZA! Dan adakah kamu tahu sebenar-benarnya keadaan yang kamu katakan kotor, dan entah apa lagi? Kamu tak pernah berada disitu! Kenapa kamu seakan-akan meletakkan garam di atas luka?adakah kamu benar tahu, dengar dan prihatin tentang sensitiviti kaum?

Pertuduhan murid makan di tandas adalah tidak benar sama sekali.Tandas pun tak mampu nak beza.Penat Penat.
Kalau benar kamu prihatin, kenapa hanya menyebarkan gambar pelajar bukan islam sedangkan pelajar islam yang tidak berpuasa juga DISURUH melakukan hal yang sama (makan dibilik persalinan). Mereka (pelajar muslim) tidak diberi layan istimewa, makan di tempat yang seakan-akan mewah. Mereka diberi layanan yang sama. Hanyalah kerana kebanyakkan mereka yang makan disitu adalah bukan muslim, membuatkan hal ini menjadi isu besar. Adakah kamu lihat apa yang saya lihat sekarang?

Saya sangat-sangat TERLUKA dengan hal ini dan sangat-sangat pedih rasanya kerana hal ini melibatkan ayah saya sendiri. Ye, ayah saya. Dia adalah pengetua sekolah dan hanya Allah saja yang tahu berapa kali saya berfikir untuk menulis post ini di facebook kerana saya merasakan hal ini telah menjadi sangat serius dan apa yang perlu, saya perlu berbuat sesuatu , paling tidak pun untuk menulis post ini.
Siapalah diri saya ini? Siapa yang akan membaca post saya ini? Saya seperti pelajar dalam bidang perubatan yang lain , belajar di luar negara dengan bantuan duit rakyat, dan balik sebentar untuk percutian musim panas, dengan harapan dapat meluangkan masa dengan keluarga. Tetapi, apakah yang berlaku sekarang ini?

Ayah saya adalah seorang pengetua yang sangat bermotivasi yang pernah saya jumpa dan kamu boleh mengatakan ianya bias, kerana saya sebagai seorang anak perempuan dan bukankah semua merasakan ayah kita adalah yang terbaik di dunia? Saya mengenali ayah saya dengan sangat baik. Dia mungkin merupakan insan yang menyokong kerajaan, tetapi dia TIDAK AKAN menyalahgunakan hak dan kuasa dia sebagai pengetua seperti apa yang diperkatakan oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dia balik kerja setiap hari bercerita dengan megahnya mengenai potensi sekolah. Mengenai bagaimana pelajar-pelajar membesar dengan baik didalam pelajaran mahupun kokurikulum. Dia tak pernah berhenti bertanya dengan saya dan abang mengenai bagaimana caranya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi prestasi sekolah. Memohon kami untuk pergi ke sekolah tersebut dan memberikan kata-kata motivasi dan ceramah untuk para pelajar untuk mengejar cita-cita. Untuk menjadi contoh kepada mereka dan jangan biarkan masyarakat menjatuhkan kita . Ironinya, masyarakat jugalah yang menjatuhkan dia (ayah saya).

Menjadikan hal ini lebih teruk kerana ada manusia yang tidak henti menyebarkan hal yang buruk mengenai ayah saya, tidak cukup dengan itu, mereka menyerang ayah saya di facebook, di setiap post ayah, dan apa yang perlu saya lakukan hanyalah dengan menghentikan dulu akaun facebook ayah saya untuk sementara, hanyalah untuk melindungi ayah saya daripada komen-komen yang menghina dan tak dapat diterima akal, segala komen yang mengecam ayah saya yang dia sendiri tidak sedar.

Tolonglah, jika kamu masih ada rasa perikemanusiaan, hentikanlah fitnah. Adakah kamu tidak takut akan kesan menyebarkan fitnah? Adakah kamu tidak takut akan pembalasan dari Allah? Saya menulis ini dengan menangis sekuat hati dengan niat agar post ini dapat menarik mereka yang baik hati agar menghentikan fitnah ini. Dengan nama Allah, saya memohon , ketepikan dahulu politik mana yang kamu sokong, dan cuba berfikir dalam perspektif seorang anak perempuan yang prihatin akan ayahnya. Saya rasa kamu faham apa yang saya rasa sekarang. Jika Kamu rasa, saya menulis ini adalah untuk meraih simpati, kamu memang benar. Jika dengan berbuat demikian, boleh membantu ayah saya.

Untuk pengetahuan, oleh kerana pemikiran kejam pihak yang menulis hal ini, ayah saya sekarang berada dengan pihak polis untuk disiasat. Adakah ayah saya kelihatan sangat jahat? Saya rasa, cukup untuk saya mengatakan tidak. Saya pasti, sesiapa yang mengenali ayah saya pasti akan memihak kepada saya.

Tabahkan hati Farah. InsyaAllah Allah bersama org teraniaya. Kebenaran akan terbongkar juga. saya mendoakan. saya juga percaya, kawan saya akan tetap disini bersama saya, tak kira apa warna kulit dan kepercayaan. Mereka yang mengenali saya dengan lebih baik, saya percaya dengan mereka. Kepada yang tidak mengenali saya, tak perlulah memperhatikan hidup saya dan mencari salah dan memburuk-burukkan saya pula. Kerana saya pasti bahawa diantara kamu dah pun melakukan hal tersebut, dengan ayah saya. Saya mohon agar Allah memberi petunjuk dalam hidup kamu. Kamu boleh baca sendiri post didalam gambar ini, jika kamu rasakan ianya perlu.

Farah Asyikin

Mereka bercakap seperti mereka lebih tahu segalanya. Saya seperti tak percaya yang ada segelintir dari mereka adalah sahabat saya sendiri. Saya tak boleh salahkan mereka. Mereka tidak tahu cerita yang sebenar-benarnya. Adakah mereka layak untuk bercakap? Untuk post apa saja yang mereka hendak? Walaupun hal itu akan merosakkan dan memburukkan pihak yang berkenaan?
Seperti yang kamu semua tahu mengenai cerita kononnya "sekolah yang telah memaksa pelajar bukan islam untuk makan di tandas", ya Allah , itu sebenarnya adalah BILIK PERSALINAN. Sekarang, sesetengah orang tak tahu apa perbezaannya. Ia adalah BERBEZA! Dan adakah kamu tahu sebenar-benarnya keadaan yang kamu katakan kotor, dan entah apa lagi? Kamu tak pernah berada disitu! Kenapa kamu seakan-akan meletakkan garam di atas luka?adakah kamu benar tahu, dengar dan prihatin tentang sensitiviti kaum?
Pertuduhan murid makan di tandas adalah tidak benar sama sekali.Tandas pun tak mampu nak beza.Penat Penat.Kalau benar kamu prihatin, kenapa hanya menyebarkan gambar pelajar bukan islam sedangkan pelajar islam yang tidak berpuasa juga DISURUH melakukan hal yang sama (makan dibilik persalinan). Mereka (pelajar muslim) tidak diberi layan istimewa, makan di tempat yang seakan-akan mewah. Mereka diberi layanan yang sama. Hanyalah kerana kebanyakkan mereka yang makan disitu adalah bukan muslim, membuatkan hal ini menjadi isu besar. Adakah kamu lihat apa yang saya lihat sekarang?
Saya sangat-sangat TERLUKA dengan hal ini dan sangat-sangat pedih rasanya kerana hal ini melibatkan ayah saya sendiri. Ye, ayah saya. Dia adalah pengetua sekolah dan hanya Allah saja yang tahu berapa kali saya berfikir untuk menulis post ini di facebook kerana saya merasakan hal ini telah menjadi sangat serius dan apa yang perlu, saya perlu berbuat sesuatu , paling tidak pun untuk menulis post ini.Siapalah diri saya ini? Siapa yang akan membaca post saya ini? Saya seperti pelajar dalam bidang perubatan yang lain , belajar di luar negara dengan bantuan duit rakyat, dan balik sebentar untuk percutian musim panas, dengan harapan dapat meluangkan masa dengan keluarga. Tetapi, apakah yang berlaku sekarang ini?
Ayah saya adalah seorang pengetua yang sangat bermotivasi yang pernah saya jumpa dan kamu boleh mengatakan ianya bias, kerana saya sebagai seorang anak perempuan dan bukankah semua merasakan ayah kita adalah yang terbaik di dunia? Saya mengenali ayah saya dengan sangat baik. Dia mungkin merupakan insan yang menyokong kerajaan, tetapi dia TIDAK AKAN menyalahgunakan hak dan kuasa dia sebagai pengetua seperti apa yang diperkatakan oleh setengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dia balik kerja setiap hari bercerita dengan megahnya mengenai potensi sekolah. Mengenai bagaimana pelajar-pelajar membesar dengan baik didalam pelajaran mahupun kokurikulum. Dia tak pernah berhenti bertanya dengan saya dan abang mengenai bagaimana caranya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi prestasi sekolah. Memohon kami untuk pergi ke sekolah tersebut dan memberikan kata-kata motivasi dan ceramah untuk para pelajar untuk mengejar cita-cita. Untuk menjadi contoh kepada mereka dan jangan biarkan masyarakat menjatuhkan kita . Ironinya, masyarakat jugalah yang menjatuhkan dia (ayah saya).
Menjadikan hal ini lebih teruk kerana ada manusia yang tidak henti menyebarkan hal yang buruk mengenai ayah saya, tidak cukup dengan itu, mereka menyerang ayah saya di facebook, di setiap post ayah, dan apa yang perlu saya lakukan hanyalah dengan menghentikan dulu akaun facebook ayah saya untuk sementara, hanyalah untuk melindungi ayah saya daripada komen-komen yang menghina dan tak dapat diterima akal, segala komen yang mengecam ayah saya yang dia sendiri tidak sedar.
Tolonglah, jika kamu masih ada rasa perikemanusiaan, hentikanlah fitnah. Adakah kamu tidak takut akan kesan menyebarkan fitnah? Adakah kamu tidak takut akan pembalasan dari Allah? Saya menulis ini dengan menangis sekuat hati dengan niat agar post ini dapat menarik mereka yang baik hati agar menghentikan fitnah ini. Dengan nama Allah, saya memohon , ketepikan dahulu politik mana yang kamu sokong, dan cuba berfikir dalam perspektif seorang anak perempuan yang prihatin akan ayahnya. Saya rasa kamu faham apa yang saya rasa sekarang. Jika Kamu rasa, saya menulis ini adalah untuk meraih simpati, kamu memang benar. Jika dengan berbuat demikian, boleh membantu ayah saya.
Untuk pengetahuan, oleh kerana pemikiran kejam pihak yang menulis hal ini, ayah saya sekarang berada dengan pihak polis untuk disiasat. Adakah ayah saya kelihatan sangat jahat? Saya rasa, cukup untuk saya mengatakan tidak. Saya pasti, sesiapa yang mengenali ayah saya pasti akan memihak kepada saya.
Tabahkan hati Farah. InsyaAllah Allah bersama org teraniaya. Kebenaran akan terbongkar juga. saya mendoakan. saya juga percaya, kawan saya akan tetap disini bersama saya, tak kira apa warna kulit dan kepercayaan. Mereka yang mengenali saya dengan lebih baik, saya percaya dengan mereka. Kepada yang tidak mengenali saya, tak perlulah memperhatikan hidup saya dan mencari salah dan memburuk-burukkan saya pula. Kerana saya pasti bahawa diantara kamu dah pun melakukan hal tersebut, dengan ayah saya. Saya mohon agar Allah memberi petunjuk dalam hidup kamu. Kamu boleh baca sendiri post didalam gambar ini, jika kamu rasakan ianya perlu. 
Farah Asyikin

this is from pibg

after read all the comments and explaination from various sources, what do you all say? .. lu pikir la sendiri
what do I have to say? read this

why did guneswari kelly has to suggest about discrimination again non muslim?, did she have to utter word Allah etc in his fb post? Malay school or National school? ( was this intentionally to suggest racist tone) i think  she is the one who exaggerate thing.. if this is the issue of cleanliness then discuss about cleanliness.. why it has to be a racial issue.. the room was used by all students.. inclusive of muslim and non.. and it has been used since march because overcapacity issue of school canteen.. this is primary school.. not all the little muslim students were fasting.. the muslim students also used the room during ramadhan.. the room is not toilet and the students are not even allowed to use the shower.. the decision to use the room was approved by pibg.. have you all read the original complaint? cut the crap and dont be hypocrite.. if all your kitchens are facing the jamban then dont go over the board.. if you want to discuss about cleanliness then discuss objectively.. if you want respect,.. then you also have to respect others.. if you want to show the truth, dont show it halfway just to make it favorable to you
my final observation, it seems that all the comments and reaction tend to sit and siding according to racial groups... the racial divide and prejudice are wide as ever in Malaysia ...

Thursday, July 18, 2013

Kisah Duit Syiling dan Batu

Kisah Duit Syiling dan Batu 


Sekeping duit syiling perak keluaran tahun 1794 mencatatkan rekod apabila ia dilelong pada harga lebih AS$10 juta (RM30.44 juta) . Duit syiling tersebut dipercayai yang pertama dikeluarkan oleh sebuah kilang duit syiling Amerika Syarikat.

A
TINGG!!!... 

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. 

TINGG!!!...

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu ,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s : Sahabat sekalian, kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar, Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi, kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Selamat Berpuasa....


credit kepada penulis asal

Saturday, June 22, 2013

Yusuf Al Qardawi _ Jadilah Umat Pencipta

Jadilah negara pencipta bukan hanya negara pengguna.. support lah National Automotive Policy NAP dan PROTON.. tingkatkan semangat patriotik anda .. sepatutnya berbangga dengan kemampuan negara menjadi negara tunggal pengeluar original kereta (OEM) di Asia Tenggara, bukan menghina



Dalil Tentang Fitnah

Dalil Alquran Tentang Fitnah

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Wednesday, June 12, 2013

SYED MOKHTAR CONTROVERSY

WHAT YOU SHOULD KNOW ABOUT : SYED MOKHTAR CONTROVERSY

This writing is to provide alternative view on this issue, especially when the issue of syed mokhtar business was sensationalized in the recent pru13. is this really a political issue? or manipulated for advantage of some parties and to disadvantages of others.. worst, the innocent has been victimized by irresponsible acts.. hopefully we at personal level would able to act in responsible manner

whatever you want to say it has to be based on facts! assumption without fact is stupid.. enough said


IPP & Malakof
2 May 2007 – MMC Corporation Berhad announced on Monday the completion of its acquisition of Malakoff Berhad's businesses. MMC acquired Malakoff’s businesses in an all-cash transaction for RM9.3 billion in the largest leveraged buy-out ever undertaken in Malaysian corporate history. The acquisition is also the largest completed mer ger & acquisition exercise in Malaysia to-date.

MMC acquired Malakoff’s businesses through its 51% subsidiary Malakoff Corporation Berhad (Malakoff Corporation), which is the new name for Nucleus Avenue (M) Berhad. The remaining 49% stake in Malakoff Corporation is held by key local and foreign financial institutions. Malakoff Corporation is the largest independent power producer in the country, with a potential effective generation capacity of over 5,000 MW, representing a 24% market share of the generation capacity in Peninsular Malaysia.

IPP business in Malaysia has long started since  electricity crisis happened in our country in 1992. Independent Power Producers (IPPs) in Malaysia were first mooted by the then Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad, after an incident of power glitch in Terengganu that affect main grid of peninsular electricity suplly line caused blackout that left the country without electricity for up to 2 days. Mahathir felt that dependency on Tenaga Nasional Berhad as risky.  For a better national power plan and strategy, Tun decided to deregulate the electricity industry. If we want to criticize the condition and stipulation of IPP as excessively benefiting IPP at the peril of TNB, then we have to look at the situation in 1992, not at what our country situation today. The situation in 1992 require government to give big incentive to IPP, it is comprehensible as building power plant is not cheap. Of course for those who want to commit big amount of capital want guarantee in term of ROI. Whatever it is, the term of the contract is already binding. Let discuss about the future hopefully government    will able to negotiate a fair new term to all parties.

WHY ONLY QUESTION SYED MOKHTAR OF BENEFITTING FROM IPP WHEN THE TAKEOVER ONLY TAKEN PLACE IN 2007, WHY NOT QUESTION YTL, ANANDA  KRISHNAN & GENTING WHO OWN IPP SINCE THE INDUSTRY FIRST INCEPTION?

Sugar Business

The Sugar business in Malaysia evolve around these companies
Note : in 2009 FGVH has acquire substantial assets and share of sugar related companies for RM1.5bil from Robert Kuok specifically the shares are from these companies
  1. ·       Kilang Gula Felda Perlis - remaining 50% of share from PBB Group controlled by Rober Kuok
  2. ·       Malaysia Sugar Manufacturing (MSM) 100% sold to FGVH
  3. ·       20% Tradewind share

Other sugar players
·       Central Sugar Refinery CSR (controlled by Tradewind since 1983 )

Business Robert Kuok PBB Group have diverse business operation with the well known such as cooking oil/ Minyak Masak Seri Murni and Flour/ Tepung Gandum cap Sauh and Orang Kampung, PBB subsidiary – FFM is the largest Flour milling in Malaysia the detailed of product from Robert Kuok business is here

CURRENTLY MAJORITY MARKET SHARE OF SUGAR BUSINESS IN MALAYSIA IS HOLD  BY FGVH, BEFORE 2009 THE INDUSTRY WAS CONQUERED BY ROBERT KUOK. SYED MOKHTAR NEVER EVER BE MARKET LEADER IN THIS INDUSTRY… WHAT THE HECK ABOUT SYED MOKHTAR MONOPOLY? WHY IT WAS ALL QUITE WHEN ROBERT KUOK HOLD NEARLY 10% OF WORLD MARKET THEN? WHY NOW? THESE PEOPLE JUST BARKING ON THE WRONG TREE



Rice Business
In August 2009 Tradewind (M) Bhd announced it proposed acquisition of share in BERNAS from Hong Kong Based Wang Tak ltd. BERNAS has sole right to import rice but the milling and retailing of rice in Malaysia is not limited only to BERNAS as we have other miller and retailer of rice in Malaysia that mostly are comprise of non bumi.

ARE YOU RATHER HAPPY TO  LET BERNAS CONTROLLED BY OUTSIDER RATHER THAN SYED MOKHTAR? I STRESS HERE THAT THE ACQUISITION OF BERNAS SHARES, SAME AS OTHER ACQUISITION  OF MALAKOFF, ETC DOESN’T INVOLVE GOVERRNMENT MONEY.. IT IS PURE BUSINESS TRANSACTION THAT IS MOTIVATED TO SECURE THE SUPLLY OF OUR  MAIN COMMODITY IN THE HAND OF OUR PEOPLE. SYED MOKHTAR HAS RISK TO INCUR HIGH DEBT IN ORDER TO ACCOMPLISH THIS!!


Proton
2012 PROTON is now a private entity following its takeover by DRB-HICOM Berhad. DRB-Hicom Bhd controls over 69 companies, which mainly focus on the automobile industry, properties and others. Apart from Proton, other automobile-related businesses under DRB-Hicom include Modenas, Isuzu Malaysia, Honda Malaysia and EON. DRB-Hicom bought a 42.7 per cent stake in Proton from Khazanah Nasional Bhd for RM1.29 billion. Is this considered as undervalue?

DRB USED TO OWN PROTON BEFORE THIS LATEST ACQUISTION FROM KAZANAH.. IS THERE ANY LOCAL COMPANY THAT IS SUITABLE TO OWN PROTON OTHER THAN DRB?


NOTE
Tradewind (M) Bhd was taken private by syed mokhtar in May 2013, due to
UNCONDITIONAL TAKE-OVER OFFER BY PERSPECTIVE LANE (M) SDN BHD, KELANA VENTURES SDN BHD, SEAPORT TERMINAL (JOHORE) SDN BHD AND ACARA KREATIF SDN BHD (COLLECTIVELY, THE “JOINT OFFERORS”) THROUGH MAYBANK INVESTMENT BANK BERHAD (“MAYBANK IB”) TO ACQUIRE
MMC is a PLC controlled by Tan Sri Syed Mokhtar by indirect shareholding through Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd or Indra Cita Sdn Bhd

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].